Perlindungan diaktifkan bermula pada tarikh bayaran caruman sehingga 31 Disember setiap tahun.
Tarikh caruman setiap tahun adalah bermula sebelum tamat tempoh caruman sehingga 31 Mac.
Tidak ada penyakit yang kritikal.
Permohonan hanya untuk Alumni Syamsul Maarif atau waris yang berdaftar sahaja.
Pulangan kepada pewaris:
Menerima RM2000 bagi penabung yang berusia 64 tahun ke bawah.
Menerima RM500 bagi penabung yang berusia 65 tahun ke atas.
Menabung dan bersama membantu meringankan beban.
Kebajikan ahli diutamakan
Dapat harga istimewa produk PASM atau mana-mana program berbayar
Hanya Ahli berdaftar atau pewaris ahli berdaftar sahaja yang layak mencarum dalam Bakti Alumni
Hanya Ahli berdaftar atau pewaris ahli berdaftar sahaja yang layak mencarum dalam Bakti Alumni. Sila daftar ahli sama ada ahli tahunan atau ahli seumur hidup kemudian boleh menyertai Bakti Alumni. TQ
Memberi kerjasama dan menolong PASM sebenarnya kita juga telah mengambil bahagian untuk membantu sekolah samada Maahad Syamsul Maarif Lelaki mahupun Maahad Syamsul Maarif Perempuan. Bahkan lebih daripada itu dengan menolong saudara sesama kita hakikatnya kita telah mengharapkan satu pertolongan dari Yang Maha Berkuasa untuk membantu kita memudahkan urusan kita di akhirat sebagaimana hadis riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كاَنَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ (رواه مسلم) Maksudnya: “Allah akan senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba tersebut menolong saudaranya”. (HR. Muslim)
Kami Sangat Gembira Bila Rakan-Rakan Alumni Turut Sama Menyertai PASM.